10 March 2011

Sejarah Awal SK Puchong Perdana

Sejarah Awal SK Puchong Perdana




Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (SKPP) mula dibina di atas kawasan seluas 5.6 ekar dalam tahun 1996 di Taman Puchong Perdana atas keperluan yang mendesak oleh penduduk setempat pada masa itu. Secara rasminya sekolah telah mula beroperasi pada 5 Ogos 1996 dengan pembukaan kelas Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Bilangan kelas yang dibuka ialah sebanyak 24 kelas. 

Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai 961 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 38 orang. Jumlah murid semakin bertambah pada setiap tahun dan kini telah mencecah seramai 2300 orang. Begitu juga dengan bilangan guru yang sekarang telah mencapai bilangan 113 orang. 

Seramai 6 orang Guru Besar telah menerajui kepimpinan sekolah ini sejak penubuhannya. Bermula dengan En. Hashim Bin Salleh, diikuti oleh En. Abd Kadir B. Sulaiman. Puan Kamariah Binti Mohd Yusof, Pn Nor Haida Bt.Ramli, Pn. Hjh Norhasanah Bt. Ahmad, YM Raja Akmal Bt Raja Kamal, Pn. Nor Azian Bt. Ashar dan yang terkini ialah P. Rangit Singh A/L Pritam Singh (2019 hingga sekarang). 

Sekolah telah diberi taraf Gred A pada 1 Disember 2001. Sejak itu sekolah telah mempunyai Guru-guru Penolong Kanan yang hakiki. Sekolah ini pada asalnya mempunyai 4 blok bangunan. Dari setahun ke setahun banyak bangunan lain telah dibina untuk keperluan. 

Antaranya ialah pembinaan Makmal Komputer 2 tingkat, Balai Perdana, Pra Sekolah (2 bilik darjah), Pondok Basikal, laluan berbumbung dan bangunan tambahan 4 bilik darjah. Bangunan-bangunan tersebut ada yang didirikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan ada juga yang dibiayai oleh PIBG SK Puchong Perdana.

2 comments:

  1. cikgu, boleh cikgu update tentang perkembangan prasekolah sk puchong perdana dengan lebih terperinci...?

    ReplyDelete
  2. Cikgu tlg update sejarah sekolah..anak2 nak buat rujukan untuk kerja sejarah..agak susah kerana bahan rujukan sejarah skpp sgt terhad

    ReplyDelete